Simpang Empat, Perlis aka Simpang Empat Syed Kasim @ Che Kasim terletak di dalam Parlimen Arau (P003) dan DUN Simpang Empat, (N14).Poskod 02700. Simpang Empat terletak di utara Perlis bersebelahan Sanglang, Tambun Tulang,Kuala Perlis dan Utan Aji. Terdapat pekan yang dinamakan Pekan Simpang Empat.Sumber Pendapatan utama ialah pertanian...iaitu sawah padi...
Friday, 3 June 2011
Sejarah Ringkas Simpang 4,Perlis
Asal nama Simpang Empat dirujuk kepada pertemuan silang parit dari Kampung Sanglang Kedah ke Sungai Perlis dan anak sungai yang mengalir ke Kuala Sungai Baru. Parit ini dibuat untuk menyalirkan air supaya padi tidak ditenggelami banjir dan musim menuai lebih kering. Oleh kerana tiada jalan raya semasa itu sungai telah menjadi laluan bot tambang. Simpang Empat adalah persimpangan anak sungai dan parit tersebut tumbuh sebagai pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam Bahasa Siam.
Labels:
sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment