Monday, 5 September 2011

Bantuan Ramadan Muslim Aid di Simpang Empat, Perlis

Fast 2 Feed 2011 di Simpang Empat, Perlis


Lokasi: Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Budriah, Simpang Empat, Perlis
Tarikh: 23 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 40 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed berlangsung dengan lancar di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Budriah, Simpang Empat, Perlis dengan meraikan hampir 40 keluarga fakir miskin. Program F2F kali ini diterajui oleh salah seorang pelajar latihan industri di Muslim Aid, cik Syuhaidah yang telah bertindak sebagai pengarah program.


penerima sumbangan

anak-anak yang diraikan bersama sukarelawan Muslim Aid

berbuka puasa bersama

penerima yang begitu gembira mendapat sumbangan duit raya dan makanan kering

Sumbangan dalam bentuk makanan kering dan duit raya telah diagihkan kepada setiap keluarga yang diraikan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menaja saudara-saudara kita ini untuk berbuka puasa serta sumbangan dalam bentuk makanan kering dan duit raya. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya.

Logo Negeri Pelis

Lambang Negeri Perlis terdapat 7 rangkaian biji padi sebelah-menyebelahnya. Pada setiap rangkaian itu terdapat 22 biji yang bererti 22 mukim terdapat di Negeri Perlis pada waktu itu. Di tengah lambang tersebut terdapat perisai yang merupakan tanda kebanggaan dan kehormatan serta lambang pertahanan negeri daripada sebarang pencerobohan. Di dalamnya mengandungi 22 biji padi berwarna kuning yang telah masak menunjukkan hasil dan makanan utama rakyat Negeri Perlis. Di tengah lingkaran tersebut terdapat perkataan Perlis menggunakan tulisan jawi, sebagai tulisan identiti orang Melayu dan Negeri Perlis.
Warna hijau melambangkan kesuburan hasil mahsul Negeri Perlis terutama sekali tanaman padi. Warna tersebut juga merupakan lambang kedamaian dan keharmonian rakyat negeri ini.
Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan Negeri Perlis kerana kekayaan hasil padinya.

Sumber: Warisan Indera Kayangan
PPANPs