Sunday 20 November 2011

Sunset Kuala Sungai Baru, Simpang 4 , Perlis

Permandangan yg Indah...matahari terbenam di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis ( Taken 19 Nov 2011 )

JOM PEKENA Nasi Bungkus 4 RM 1.00

Assalamualaikum.....dah lama tak update blog nie........Pagi-pagi nie....jom pi sarapan pagi di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.....Nah Nasik bungkuih....lauk bilis teloq, gulai ikan, gulai udang.....dengan harga semurah RM 0.30 atau 3 kupang sebungkuih...dah 4 bungkuih RM 1.00....mai-mai......gambaq kt bawah ni ...menceritakan segalanya........




Boleh pekena di kedai @Kak Negro (pasai dulu rambut dia mcm negro " rambut afro)....dekat titi " jambatan nk pi Sungai Padang, di Kuala Sungai Baru...jom...jom...pekena....teh O dia pun 5 kupang jer...

Monday 5 September 2011

Bantuan Ramadan Muslim Aid di Simpang Empat, Perlis

Fast 2 Feed 2011 di Simpang Empat, Perlis


Lokasi: Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Budriah, Simpang Empat, Perlis
Tarikh: 23 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 40 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed berlangsung dengan lancar di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Budriah, Simpang Empat, Perlis dengan meraikan hampir 40 keluarga fakir miskin. Program F2F kali ini diterajui oleh salah seorang pelajar latihan industri di Muslim Aid, cik Syuhaidah yang telah bertindak sebagai pengarah program.


penerima sumbangan

anak-anak yang diraikan bersama sukarelawan Muslim Aid

berbuka puasa bersama

penerima yang begitu gembira mendapat sumbangan duit raya dan makanan kering

Sumbangan dalam bentuk makanan kering dan duit raya telah diagihkan kepada setiap keluarga yang diraikan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menaja saudara-saudara kita ini untuk berbuka puasa serta sumbangan dalam bentuk makanan kering dan duit raya. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya.

Logo Negeri Pelis

Lambang Negeri Perlis terdapat 7 rangkaian biji padi sebelah-menyebelahnya. Pada setiap rangkaian itu terdapat 22 biji yang bererti 22 mukim terdapat di Negeri Perlis pada waktu itu. Di tengah lambang tersebut terdapat perisai yang merupakan tanda kebanggaan dan kehormatan serta lambang pertahanan negeri daripada sebarang pencerobohan. Di dalamnya mengandungi 22 biji padi berwarna kuning yang telah masak menunjukkan hasil dan makanan utama rakyat Negeri Perlis. Di tengah lingkaran tersebut terdapat perkataan Perlis menggunakan tulisan jawi, sebagai tulisan identiti orang Melayu dan Negeri Perlis.
Warna hijau melambangkan kesuburan hasil mahsul Negeri Perlis terutama sekali tanaman padi. Warna tersebut juga merupakan lambang kedamaian dan keharmonian rakyat negeri ini.
Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan Negeri Perlis kerana kekayaan hasil padinya.

Sumber: Warisan Indera Kayangan
PPANPs

Sunday 12 June 2011

Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat,

9/6/2011 (Khamis) -  Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat, sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-68 yang bertempat di tapak Pasar Tani, Pekan Simpang Empat, Perlis.

Tapak Pasar tani ini pada asalnya adalah sungai yang ditimbus dikambus @ ditambak ...Pasar Ramadhan juga diadakan disini pada Ramadhan tahun lepas.......

Wednesday 8 June 2011

Sekolah Kebangsaan Sungai Bharu


Sejarah Awal
 Pada zaman pemerintahan Jepun dalam tahun (1942 - 1945) sebuah sekolah telah didirikan secara gotong-royong oleh penduduk di sekitar Kampung Sungai Baru di atas tapak kepunyaan Tok Haji Jaafar. Jumlah murid-murid berdaftar belajar seramai 30 orang dan seorang guru yang mengajar secara sukarela tanpa dibayar gaji sesen pun. Riwayat hayat sekolah tersebut tidaklah kekal lama dan akhirnya diturup begitu sahaja.
      
Dalam tahun 1952, sebuah sekolah baru telah didirikan di atas tapak tanah kepunyaan Encik Abdul Razak bin Man. Bahan-bahan binaannya adalah bekas bangunan lama iaitu bangunan Sekolah Melayu Kangar yang dihadiahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis. Tokoh penting dalam usaha mendirikan sekolah ini ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul Karim bin Md Noor, bekas guru Quran di sekolah Melayu yang sangat disegani oleh semua masyarakat tempatan kerana sifat mulianya dan daya gigih yang tidak ada tolok bandingnya. Beliau dibantu oleh Encik Choh bin Abdul Samad. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rakyat Sungai Baru, Perlis dan ditadbir oleh sebuah Lembaga Didik. Ketika itu murid yang berdaftar seramai lapan puluh lima orang dan guru yang mengajar seramai empat orang iaitu Cikgu Abdul Ghani bin Yom sebagai Guru Besar, dibantu oleh tiga orang guru biasa iaitu Cikgu Salim bin Shaari, Cikgu Ismail dan Cikgu Salim.

Dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail
Bangunan sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail, Raja Perlis pada 6 September 1952. Pada 3 Julai 1955, kerajaan negeri telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan seterusnya melantik YM Ku Sulung Ku Akob sebagai guru besar yang pertama mentadbir sekolah ini.

Pembinaan Bangunan Baru
 Pada tahun 1980 sekolah ini telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia dimana sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina. Bangunan ini terdiri daripada tujuh buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik TV pendidikan dan sebuah pejabat. Disamping itu sebuah kantin dan sebuah padang permainan telah juga disediakan demi untuk kegunaan dan kebaikan murid-murid disekolah ini.

Pada tahun 1987 sebuah bangunan gotong royong yang mengandungi dua buah bilik darjah telah dibina dibawah Projek Gotong Royong Kementerian Pendidikan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 20000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja). Pada tahun 1989 pula bangunan dua tingkat pula telah dibina dengan empat buah bilik darjah, sebuah perpustakaan yang telah diubahsuai dan sebuah bilik tayang.
 
Asarama Desa
Pada Akhir tahun 1993 sekolah yang telah beroperasi membina sebuah bangunan Asrama Desa untuk dihuni oleh anak-anak didik sekolah ini. Tiang - tiang kayu adalah kayu-kayu pemberian dari Lembaga Letrik Negara (sekarang dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad) sebanyak 50 batang dengan harga cuma RM 1.00 sebatang. Lain-lain alatan pembinaan adalah hasil wang juga dari pihak perseorangan. Akhirnya pada awal tahun 1994 maka terbinalah sebuah asrama yang telah diberi nama Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Perlis. Hasil projek gotong-royong penduduk tempatan, guru-guru serta kakitangan sekolah dan terutamanya ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berkerja keras banyak memainkan peranan penting dalam usaha pembinaan ini. Asrama ini mempunyai penyelia asrama berjawatan tetap dibantu oleh seorang pengasuh dan seorang pelayan asrama. Penghuni asrama ini dibawah kawalan seorang warden asrama iaitu guru sekolah ini. Penghuni asrama seramai 50 orang dimana setiap perbelanjaan makan dan minum serta perbelanjaan bersangkutan dengan pembelajaran murid-murid penghuni asrama ini dibantu sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Pada tahun 1994 juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina dua buah rumah guru berhampiran dengan bangunan Asrama Desa

-----Sumber Website SK Sungai Bharu------

Tuesday 7 June 2011

Bihun Goreng Kuah Manis -Dey

Tu...dia Bihun Goreng Kuah Manis.....hangpa tengok betoi-betoi.....tengah-tengah pinggan tu ada mcm sedikit kuah....tu la kuah manis.....setakat ni dlm Malaysia...tak ada aku jumpa lagi....nilah yg terbaaaaaiiikkk......ada di Simpang 4, Perlis.......

Mihun goreng ni pekena pulak dgn ais kacang aka ABC...lagik terangkat........siap dia letak milo skali atas ABC tu mcm ni.....

Tokei kedai ni...adalah India Muslim aka mamak yg berhijrah dari India Nama dia Dey @ Dai.........dulu 5 kupang,3 kupang dh boleh makan mihun ni....la...ni...seringgit la......

Lokasi kedai ni terletak id Medan Selera Pekan Simpang Empat........lalu nk pi Langkawi singgah la mai sini..........Carik la kedai Dey @ Dai....

Bihun Sup Utara - Bang Dan

Yang Original Dari Tahun 1978....tu....la motto bihun sup antara yg paling power dlm Perlis......sapa yg dah pekena...pasti mai lagi.....baru ni aku sembang dengan sorang Cikgu kt KL dia kata dia dok teringat lagi ....kt bihun sup yg dia makan tepi sungai di Simpang 4, Perlis tahun 80-an.....dahsyat...... Dulu Bang Dan menega ditepi Sungai Simpang (Terusan Arau) la ni dia pindah kt dalam kedai.....sebelah 'Budget Station'

Friday 3 June 2011

Sejarah Ringkas Simpang 4,Perlis

Asal nama Simpang Empat dirujuk kepada pertemuan silang parit dari Kampung Sanglang Kedah ke Sungai Perlis dan anak sungai yang mengalir ke Kuala Sungai Baru. Parit ini dibuat untuk menyalirkan air supaya padi tidak ditenggelami banjir dan musim menuai lebih kering. Oleh kerana tiada jalan raya semasa itu sungai telah menjadi laluan bot tambang. Simpang Empat adalah persimpangan anak sungai dan parit tersebut tumbuh sebagai pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam Bahasa Siam.